RASMI: uHigh dan Mica sah masuk Geek Fam

Pemain PUBG Mobile, uHigh dan Mica sah menyertai pasukan Geek Fam.

Berita itu diumumkan di laman Instagram mereka sebentar tadi.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Geek Fam Malaysia (@geekfammy)

uHigh dipinjamkan dari Bigetron Esports kepada pasukan Geek Fam. Mereka pernah menyertai acara Sukan SEA bersama-sama sebelum ini.

Naib juara PMPL Asia Tenggara musim keempat ini cukup terkenal dengan kekuatan firepower dan corak permainan yang agresif.

Manakala seorang lagi pemain iaitu Mica adalah bekas ahli pasukan untuk pasukan Axis Redone. Dia juga adalah salah seorang pemain yang hebat di dalam arena kompetitif PUBG Mobile.

Pencapaian Mica bersama Axis Redone tidak begitu memuaskan. Adakah kedua-dua pemain ini bakal memperkuatkan pasukan Geek Fam untuk persediaan PMPL MYSGPH Fall 2022 ini? Kita bakal saksikan.

 

RELATED NEWS

+