[RASMI] Vokey sertai Axis redONE

Muhammad Imran “Vokey” baru-baru ini sudah tidak lagi bersama pasukan RSG MY, beliau menyertai pasukan itu sejak dari tahun 2019. Banyak acara yang diikuti sepanjang berada di dalam pasukan RSG termasuklah PMPL MYSG selama tiga musim.

Pemergian Vokey dari pasukan RSG memberikan tanda tanya kepada ramai netizen. Streamer popular itu kini sudah memilih pasukan baru beliau iaitu Axis redONE. Di dalam satu perkongsian akaun Instagram Axis, mereka mengucapkan selamat datang kepada Vokey ke dalam pasukan Axis redONE. 

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by AXIS ESPORTS MY (@axisesportsmy)

Kehadiran Vokey di dalam Axis redONE pasti akan memberikan kekuatan yang baru kepada pasukan itu untuk bertanding dalam kejohanan akan datang nanti. Apakah pendapat anda semua? Mampukah Vokey membawa pasukan ini  ke pentas dunia seperti dilakukan di RSG MY dulu?

RELATED NEWS

+