(RASMI) Xorn sah sertai Yoodo Red Giants Esports

Atlet e-sukan yang akan mewakili negara di Sukan Asia Tenggara (SEA), Xorn sah menyertai Yoodo Red Giants Esports sebagai pemain pinjaman.

Menurut satu ciapan yang dimuat naik pasukan itu, Xorn dilihat memakai baju Yoodo Red Giant Esports di sebuah bilik loker.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Official Selangor FC (@selangorfc)

Xorn atau nama sebenar, Mohammad Zul Hisham akan bermain sebagai seorang Roamer dan dia akan berkongsi role dengan Esha Ohana.

Bekas juara MPL MY/SG musim ketiga ini akan membawa banyak pengalaman untuk pasukan rookie itu di MPL MY S11.

Dia akan membantu pasukan itu untuk melayakkan mereka ke playoff dan cuba memberi cabaran sengit kepada pasukan lain.

Xorn sebelum ini merupakan pemain Geek Fam sebelum dipinjamkan ke Team SMG pada musim ke-10. 

Dia akan berganding bahu bersama bekas rakan sepasukannya iaitu Ozoraveki yang kini menjadi jurulatih untuk Yoodo Red Giant Esports.

RELATED NEWS

+