realme akan lancarkan Pad X, Watch 3 dan GT Neo 3T pada 23 Ogos

realme adalah jenama peranti pintar yang dikenali dalam dunia gaming. Mereka pernah menjadi penaja untuk Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL MYSGPH) 2022 baru-baru ini. Malah, Soloz juga menjadi duta bagi jenama peranti pintar mereka.

Semalam, mereka mengumumkan pelancaran akan datang untuk tablet flagship realme Pad X, jam tangan realme Watch 3 dan peranti pintar terbaru dalam siri GT iaitu realme GT Neo 3T yang akan tersedia di pasaran bermula 23 Ogos ini.

Bersama-sama dengannya, anda boleh mendapatkan peranti baharu ini dengan promosi menarik ketika hari pelancaran bersama dengan sambutan 828 Fan Festival akan berlangsung pada 28 Ogos ini. Siaran langsung di Facebook rasmi realme.

realme Pad X

Ia adalah peranti tablet pertama mereka dengan sambungan 5G. Ia juga dipasarkan sebagai peranti produktiviti untuk anda yang gemar menambahkan kreativiti. Antara kelebihannya adalah pengalaman multitask lebih baik yang membuatkan peranti ini all rounder terbaik untuk produktiviti.

realme Watch 3

Ia direka khusus untuk mereka yang suka bersukan yang mana fungsi utama adalah untuk meneliti cara terbaik untuk melakukan senaman dengan fungsi monitoring disediakan. 

realme GT Neo 3T

Selepas kejayaan pelancaran realme GT Neo 3, model seterusnya ini adalah rekaan unik terbaru yang diinspirasikan dari bendera yang digunakan ketika perlumbaan kereta, mencerminkan kebolehan siri GT Neo yang memfokuskan kelajuan, kuasa dan kecantikan.

RELATED NEWS

+