Siri realme 10 Pro skrin melengkung bermula dengan harga RM1,299

Realme kini melancarkan realme 10 Pro 5G series dengan skrin 120Hz untuk memberi rasa inovasi premium dengan harga yang berpatutan.

Bermula dengan harga RM1,299 anda boleh mendapatkan siri realme 10 Pro.

Realme 10 Pro+ 5G pula menjadi yang pertama di Malaysia yang mempunyai 2,160Hz PWM Dimming melalui skrin 120Hz skrin melengkung, berat 173g, ketebalan 7.78mm dengan bezel hanya sebesar 2.3mm.

Tambahan lagi realme 10 Pro 5G 120Hz skrin dengan ketebalan 8.1mm dan sudah semestinya dengan 5,000 mAh bateri.

Anda kini boleh pra-tempah siri realme 10 pro 5G di mana-mana kedai rasmi dan pengedar sah.

Anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah sehingga RM2,999 dengan yuran tempahan sebanyak RM100.

Bermula hari ini, siri realme 10 Pro 5G boleh dibeli di mana-mana kedai rasmi atas talian di Shopee dan Lazada dan juga termasuk kedai rasmi dan pengedar sah.

Untuk maklumat lanjut anda boleh ke laman rasmi realme Malaysia di Facebook.

RELATED NEWS

+