Syarikat e-sukan, GamesMY Esports lancar pas keahlian berbentuk NFT

GamesMY Esports menganjurkan banyak kejohanan e-sukan sejak 2018 seperti Zush Esports Cup, XM Esports Cup, GMX Cup S1 dan MSL Cup.

Pada 10 Disember lepas, GamesMY Esports menganjurkan GamesMY Open Day di GamesMy Studio, UIAM Gombak yang dhadiri oleh rakan strategik untuk majlis tandangan perjanjian.

Di majlis itu, mereka melancarkan NFT pertama mereka iaitu GamesMY Genesis.

NFT ini dijadikan pas keahlian untuk GamesMY Esports.

Pemegang NFT akan mendapat akses kepada:

1. Diskaun di studio GamesMY (kafe, permainan dan lain-lain)

2. Penyertaan dalam aktiviti anjuran GamesMY (strim, hadiah, kejohanan dan lain-lain)

3. Layak untuk membeli barangan GMX

4. Pendidikan (ceramah crypto, bootcamp, tutorial NFT)

Anda boleh melayari pautan INI untuk mendapatkan GamesMY Genesis NFT.

Perjanjian ini turut dihadiri oleh Pn. Elaine Chan dari Realme sebagai rakan telefon pintar rasmi GamesMY Esports.

En. Muhammad Fikri Nizam, mewakili Forfit sebagai rakan barang rasmi GamesMY Esports.

Terakhir ialah En. Tan Tiong Beng mewakili reddragon untuk rakan permainan rasmi GamesMY Esports.

Mereka juga menandatangani perjanjian bagi pemain FIFA GamesMY iaitu GMX Rasydan, GMX Slurpee dan GMX Neqi.

Pada sesi petang pula, Kie Razid (pengasas Roachpunk) juga mengadakan perkongsian untuk memperkenalkan NFT.

 

RELATED NEWS

+