realme menawarkan RM8,000 untuk liga e-sukan serantau dengan kerjasama PUBG Mobile

realme, jenama telefon pintar yang pesat berkembang di dunia, menjemput semua anak muda di Malaysia untuk meneroka peluang menjadi pemain profesional e-sukan di rantau Asia Tenggara melalui kerjasamanya dengan PUBG Mobile pada Jun ini.

Buat pertama kalinya, realme mengadakan kejohanan ini khas buat peminat realme dan pencinta permainan PUBG Mobile di rantau Asia Tenggara.

Mulai 30 Mei, liga realme akan memulakan pengambilan pasukan di lima buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam.

Bermula 10 Jun, para pemain dialu-alukan untuk menyertai liga realme bersama rakan sepasukan anda dan membentuk satu pasukan yang terdiri daripada empat orang.

Pemain boleh bersaing dengan pemain dari seluruh Asia Tenggara, dan berpeluang memenangi hadiah utama yang berupa wang tunai sebanyak RM8,000 dan pelbagai telefon pintar realme dan produk lain.

Anda semua sudah boleh mula mendaftar di pautan ini.

RELATED NEWS

+