RED Esports akan bangkit semula musim ini, inilah barisan pemain mereka

Selepas beberapa pasukan MPL MY mengumumkan barisan pemain baru mereka untuk musim ke-9.

Kini tiba pasukan RED Esports mendedahkan barisan pemain mereka yang menjadi misteri selama ini.

Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran di Instagram rasmi mereka.

RED Esports dianggotai oleh:

  • Mal – Goldlaner
  • Ash – Midlaner
  • Zaed – Jungler
  • Dragon – Flex
  • Z4 – Tank/Support
  • Mom – Flex
  • Rennnnqt – Offlaner
  • Sorapayung – Jurulatih
  • Uncle Chikanook – Pengurus/Flex

Nampaknya RED Esports akan bangkit kembali untuk musim kali ini. Terdahulu, mereka hampir lolos ke peringkat playoff namun Team Bosskur berjaya mendapatkan slot terakhir itu.

Sama-sama kita saksikan kemunculan mereka di MPL MY musim ke-9 yang akan tiba tidak lama lagi.

MPL MY musim ke-9 menyaksikan 10 pasukan akan bertarung di antara satu sama lain untuk merebut gelaran serta wang hadiah terkumpul lumayan berjumlah AS100 ribu (RM419 ribu).

Foto: MPL MY, RED Esports

 

RELATED NEWS

+