Rekt bakal comeback? Mahu bantu Zeys dan EVOS Legends

Pemain lagenda dan juga bekas pemain EVOS Legends iaitu Rekt mungkin akan kembali ke dalam barisan pemain EVOS Legends untuk musim seterusnya.

Perkara itu diumumkan oleh Rekt ketika dia membuat penstriman langsung. Dia bertanyakan kepada peminat sama ada dia harus kembali ke dalam pasukan EVOS Legends untuk membantu Zeys menghadapi krisis terbesar di dalam sejarah EVOS Legends iaitu tidak layak ke peringkat playoff.

“Saya bingung juga. Saya nak bantu Zeys tapi sudah bersama dengan barisan pemain WORLD. Jika WORLD tidak lepas (piala presiden) adakah saya masih perlu bantu Zeys? Apa yang anda semua rasa?” katanya.

Untuk makluman, Rekt akan bersama barisan pemain WORLD untuk menghadapi peringkat kelayakan Piala Presiden Indonesia 2022. Barisan pemain WORLD adalah individu yang membawa EVOS Legends melakar sejarah di Kejohanan Dunia M1 iaitu Rekt, Oura, Luminaire, Wannn dan juga Donkey.

“Saya adalah seorang yang mudah mesra dengan orang. Jiwa saya untuk bermain secara kompetitif masih tinggi. Nama saya mula popular oleh kerana EVOS,” ujar Rekt.

Adakah Rekt bakal kembali ke dalam barisan pemain EVOS Legends selepas ini? Kita bakal saksikan.

Terdahulu, pasukan RRQ Hoshi melenyapkan satu-satunya peluang EVOS Legends untuk mara ke peringkat playoff. EVOS tewas dengan skor 0-2 dan menyebabkan pasukan Aura Fire mengatasi mata mereka untuk mara ke playoff.

Sumber: ONE Esports

RELATED NEWS

+