REKT bukan lagi Introvert, berubah demi peminat

REKT pemain handalan dari pasukan EVOS Legends ini memiliki personaliti yang unik. Beliau adalah salah seorang Introvert yang malu berhadapan dengan kamera dan orang ramai.

Ia terbukti apabila beliau membuat penstriman langsung, kamera muka tidak dibuka dan tidak ada sebarang commentary dari REKT.

Namun begitu, sejak tahun 2021 ini REKT lebih terbuka kepada peminatnya, selain konsisten membuka kamera, beliau juga sering membaca komen, melawak dan bergurau di dalam banyak perkara yang membuatkan penstriman langsungnya makin meriah.

Selain itu, REKT juga mengaku tidak mahu untuk menjadi Introvert lagi. Saat berbincang dengan Jonathan Liandi di Empetalk beberapa bulan yang lalu, REKT mengakui bahawa orang bersifat Introvert tidak akan berkembang dan harus membuat perubahan untuk mengatasi perkara itu.

Semenjak beliau membuat perubahan, makin ramai peminat berkunjung ke dalam penstriman langsungnya. Peminat kini tidak hanya fokus kepada gameplay sahaja sebaliknya hiburan yang diberikan oleh beliau juga sangat lucu.

REKT juga pernah menjadi sebahagian dari drama FTV yang sedang hangat di Nimo TV berkaitan gosip hubungan dengan talent Onic esports, Nita Vior.

Kedua-dua mereka kerap membuat penstriman bersama dan berborak seperti pasangan kekasih. Walau bagaimanapun, ramai di antara netizen menganggap ia hanya hiburan semata-mata untuk para peminat.

Sumber dan foto: ONE Esports

RELATED NEWS

+