5.1 juta unit pada Mac 2018. Malahan, permainan video seram dari Capcom ini mengeluarkan beberapa DLC berbayar dan juga percuma Not A Hero, menampilkan Chris Redfield pada Disember tahun lepas."> 5.1 juta unit pada Mac 2018. Malahan, permainan video seram dari Capcom ini mengeluarkan beberapa DLC berbayar dan juga percuma Not A Hero, menampilkan Chris Redfield pada Disember tahun lepas." /> 5.1 juta unit pada Mac 2018. Malahan, permainan video seram dari Capcom ini mengeluarkan beberapa DLC berbayar dan juga percuma Not A Hero, menampilkan Chris Redfield pada Disember tahun lepas." />

Resident Evil 8 – Adakah Ethan Winters Akan Jadi Protagonis Seterusnya?

Resident Evil 7 mencatatkan hasil jualan yang agak tinggi iaitu 5.1 juta unit pada Mac 2018. Malahan, permainan video seram dari Capcom ini mengeluarkan beberapa DLC berbayar dan juga percuma Not A Hero, menampilkan Chris Redfield pada Disember tahun lepas.

Dengan laporan yang dikeluarkan oleh Capcom bahawa mereka akan melancarkan dua lagi judul besar tahun ini (akan diumumkan di E3 kelak), kita boleh memerhatikan bagaimana legasi Resident Evil 7 diteruskan. Adakah ia akan terus menjadi first-person, atau dengan wajah Ethan yang didedahkan, menunjukkan peminat kini sedia beralih dari Chris Redfield yang gagah, Leon yang berkarisma kepada Ethan yang juga pendatang baru?

Walaupun Capcom mengesahkan Resident Evil 8 masih dalam proses pembangunan, tidak mustahil mungkin prekuel atau DLC tambahan akan diperkenalkan untuk RE7 menceritakan bagaimana kehidupan Ethan sebelum mencari Mia. Lebih menarik juga apabila kita berpeluang mengenali Eveline dengan lebih lanjut, bagaimana dia dicipta dan mengapa dia sesuai menjadi senjata bio untuk terrorist.

Apa yang pasti, Capcom suka mengadakan kejutan dan bagi pendapat penulis pula, DLC End of Zoe dan Not A Hero tak cukup pesona untuk memuaskan peminat kerana masih terdapat plot hole dan loose ends. Kita masih belum tahu kenapa Chris Redfield menyertai New Umbrella dan keadaan protagonis yang lain.

Mungkin Resident Evil 8 perlu disiapkan dengan secepat mungkin untuk mengelakkan lebih banyak tanda tanya dari peminat. Dan buat Ethan, mungkin benar dia layak membintangi keluaran Resident Evil masa depan. Berani dan tidak takut berhadapan cabaran, Ethan mempunyai kekuatan mental setanding dengan protagonis Resident Evil yang lain.

RELATED NEWS

+