PlayStation. Mereka telah mengesahkan bahawa versi PlayStation 5 (PS5) permainan tersebut boleh dimain pada resolusi 4K bersama teknologi pencahayaan ray-tracing."> PlayStation. Mereka telah mengesahkan bahawa versi PlayStation 5 (PS5) permainan tersebut boleh dimain pada resolusi 4K bersama teknologi pencahayaan ray-tracing." /> PlayStation. Mereka telah mengesahkan bahawa versi PlayStation 5 (PS5) permainan tersebut boleh dimain pada resolusi 4K bersama teknologi pencahayaan ray-tracing." />

Resident Evil Village PS5 menyokong ray-tracing dan muatan sepantas kilat

Sony Interactive Entertainment dan Capcom telah mengemas kini maklumat Resident Evil Village di laman web rasmi PlayStation. Mereka telah mengesahkan bahawa versi PlayStation 5 (PS5) permainan tersebut boleh dimain pada resolusi 4K bersama teknologi pencahayaan ray-tracing.

Satu lagi maklumat baharu yang dikongsikan ialah Resident Evil Village di PS5 akan menggunakan SSD dalam konsol tersebut untuk mengurangkan waktu muatan. Menurut kenyataan di laman web tersebut, ia akan dikurangkan sehingga “hampir tidak ada waktu muatan langsung”.

Selain itu, permainan tersebut juga akan menggunakan teknologi-teknologi lain yang terdapat di PS5 seperti adaptive triggers dan haptic feedback untuk mewujudkan pengalaman permainan yang lebih realisitik dan menakutkan.

Resident Evil Village akan dilancarkan untuk PC, PS5, dan Xbox Series pada tahun depan.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+