Riot Games melancarkan album muzik bebas royalti untuk streamer Twitch

Riot Games cukup terkenal dengan pembikinan muzik mereka, terutamanya selepas perkenalan K/DA yang menjadi kumpulan virtual yang popular seluruh dunia.

Kini, pembangun League of Legends dan VALORANT memperkenalkan sebuah projek muzikal mereka pada Jumaat lalu, dikenali sebagai Session: Vi. Vi adalah salah satu champion di dalam League of Legends. 

Album bergenre lo-fi ini merupakan hasil kolaborasi Riot Games bersama 20 artis yang mengandungi 37 trek, dan ianya adalah percuma untuk semua. 

Penghasilan album ini merupakan satu cara daripada Riot untuk membantu para streamer di Twitch mengelakkan tindakan DMCA yang sering menjadi mimpi ngeri mereka. Jadi dengan kewujudan album ini streamer boleh mendengar muzik di stream mereka tanpa rasa bimbang.

Dalam temuramah Polygon bersama Ketua Riot Music, Toa Dunn, tujuan album ini dihasilkan adalah untuk menghubungkan artis muzik dan pembikin kandungan yang boleh menyenangkan kedua belah pihak. 

Session: Vi penuh animasi kini tersedia di Youtube Riot Games Music. Album ini juga boleh distrim di Spotify dan platform pernstriman yang lain. 

Rujukan: Polygon, Engadget, GizModo

RELATED NEWS

+