Riot Games memperbaiki Deathmatch di VALORANT, keupayaan Brimstone bertambah baik

Riot Games melancarkan kemaskini 4.03 untuk VALORANT yang merangkumi perubahan pada Deathmatch dan keupayaan ultimate Brimstone, Orbital Strike. Riot Games juga meningkatkan prestasi permainan pada PC melalui peningkatan 

Brimstone

Kemas kini 4.03 dilancarkan dan salau satu perubahan terbesar adalah pada watak Brimstone. Terutamanya, keupayaan Orbital Strike Brimstone dipertingkatkan dan akan menghalang pengelihatan musuh serta keupayaan lain yang memerlukan garis penglihatan.

Oleh itu, musuh disebalik Orbital Strike tidak akan muncul di minimap, dan keupayaan yang memerlukan garis penglihatan seperti Recon Dart atau apa-apa flash tidak akan terkesan.

Deathmatch

Mod Deathmatch juga menerima beberapa perubahan. Lokasi hidup dikemas kini untuk mengalih keluar dan menempatkan semula lokasi hidup yang berbahaya, bersama penambahbaikan kawasan hidup lain yang sepatutnya memastikan pemain muncul lebih jauh dari lokasi kematian mereka.

Masa untuk kembali hidup juga dikurangkan daripada 3 saat kepada 1.5 saat.

Peningkatan Prestasi

Riot Games meningkatkan prestasi sebanyak 15% bagi pemain yang dihadkan oleh CPU masing-masing. Ini rata-rata akan memberi peningkatan kepada pemain yang mempunyai set PC daripada yang sederhana sehingga yang baik.  

Riot menyatakan bahawa kebanyakan pengguna akan melihat peningkatan daripada perubahan tetapi berapa banyak yang akan bergantung pada tetapan PC tertentu.

Perubahan Lain

Selain itu, Riot Games juga meningkatkan tahap pengesanan AFK agar pemain tidak mengeksploit penerimaan XP. Beberapa pepijat juga dibaiki seperti senjata Chamber terapung, serta melancarkan penukaran senjata selepas menggunakan keupayaan watak masing-masing.

Sumber rujukan: Riot Games

RELATED NEWS

+