Riot umum lokasi Worlds 2022

Kejohanan dunia League of Legends, Worlds 2022 kini kembali ke benua Amerika Utara selepas enam tahun menjelajah ke benua lain. Kejohanan ini akan mengambil tempat di tiga buah negara iaitu Mexico, Kanada dan Amerika Syarikat.

Bagi Worlds 2022, ini adalah kali pertama kejohanan itu diadakan di Kanada dan Mexico. Selain itu, beberapa peringkat juga akan diadakan di lokasi yang berbeza. 

  • Play-Ins – Mexico City, Mexico.
  • Kumpulan dan Suku Akhir – New York City.
  • Separuh Akhir – Toronto, Kanada.
  • Akhir – San Francisco, California

Riot juga menyatakan tiada sebarang perubahan daripada segi format dan permainan akan diadakan seperti sebelum ini. 

Sebelum ini, kejohanan Worlds diadakan di Iceland, China dan Perancis. 

Sumber: AFK Gaming

RELATED NEWS

+