Roster EVOS Legends bukan lagi ditentukan oleh Zeys

EVOS Legends adalah salah satu organisasi e-sukan yang terbesar di Indonesia. Mereka mempunyai banyak divisi permainan peranti mudah alih dan diantara yang paling popular adalah Mobile Legends. 

Skuad Mobile Legends mereka dipenuhi oleh para pemain yang berbakat dari Indonesia. Mereka pernah mencipta sejarah dengan memenangi Kejohanan Dunia Mobile Legends M1.

Menjelang MPL Indonesia musim ke-10 yang bakal tiba nanti, naib presiden EVOS Esports iaitu Aldean Tegar menyatakan barisan pemain untuk musim kali ini tidak lagi ditentukan oleh Zeys.

“Saya tidak tahu Gustian main atau tidak. Akan tetapi, untuk musim ke-10, pihak pengurusan yang memutuskan siapa yang bermain,” ujarnya.

“Sekarang pihak pengurusan yang akan menentukan. Trial akan tetap ketat. Musim ke-10, pihak pengurusan yang memilih bukan Zeys lagi. Pemilihan itu akan dilihat dari yang benar-benar super imbalance dan layak main,” akhirinya.

Berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh naib presiden EVOS Esports itu, adakah kita akan melihat muka baru di dalam barisan pemain EVOS Legends? 

Akan ada kemungkinan, pihak pengurusan akan menggantikan pemain yang tidak lagi sesuai untuk bermain dan mereka akan mengambil pemain yang berada di dalam fasa ‘bersedia’ bagi mengelak kejadian yang sama berlaku di musim sebelumnya.

Sumber: ONE Esports

RELATED NEWS

+