RSG PH muncul juara MSC 2022!

Pertarungan akhir Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) 2022 menyaksikan pasukan RRQ Hoshi akan bertemu dengan pasukan RSG PH.

Pasukan RSG PH mempunyai kelebihan di 3 perlawanan awal. Mereka bermain dengan sangat berdisiplin di perlawanan pertama dan kedua. 

RRQ Hoshi membuat kesilapan apabila mereka melepaskan Beatrix dan juga Xavier kepada pasukan RSG.

Emann dan Aqua menggunakan 2 hero ini dengan baik sekali.

Walaupun RRQ berjaya mendapatkan Beatrix dan Xavier di perlawanan ketiga namun mereka masih tewas di tangan pasukan RSG PH.

Ini menyebabkan moral pasukan RRQ semakin mundur.

Kedua-dua pasukan meneruskan perlawanan keempat dan mereka memberikan Alberttt menggunakan Lancelot.

RSG mengawal permainan di minit awal dan mereka menggunakan peluang itu untuk mengambil objektif.

Lord sekali lagi diambil pada minit ke-13 oleh pasukan RSG PH.

RRQ Hoshi tidak dapat untuk menghentikan kemaraan pasukan RSG dari menghancurkan turret mereka.

Kesilapan yang dilakukan oleh pasukan RRQ pada minit ke-16 menyebabkan semua ahli mereka ditumbangkan.

RSG PH akhirnya menjadi juara Piala Asia Tenggara MLBB. Tahniah diucapkan!

RELATED NEWS

+