Update: Presiden IeSPA menafikan kenyataan naib presidennya. Mobile Legends belum tentu akan dipertandingkan di Sukan Asia 2022.
Sebelum ini penulis melaporkan yang Mobile Legends: Bang Bang akan dipertandingkan di Sukan SEA 2019 di Filipina. Hari ini ada berita lebih menarik untuk semua peminat permainan popular ini!
Baca lanjut: Sukan SEA 2019 akan mempertandingkan 6 permainan video
Menurut laporan portal dari Indonesia, Bola.com, Mobile Legends secara rasminya akan dipertandingkan di Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China. Ia disahkan oleh Naib Presiden Persatuan Esports Indonesia (IeSPA), Angki Trijaka.
Angki juga mengatakan yang akan ada pertandingan demonstrasi Mobile Legends di Olimpik 2024 di Paris, Perancis. Setakat ini juga, hanya dua temasya sukan yang sah mempertandingkan ML iaitu Sukan SEA 2019 dan Sukan Asia 2022.
“Kami akan turut mengambil bahagian dalam Sukan Asia 2022 untuk e-sukan. Nanti juga akan ada demonstrasi di Olimpik.
“Untuk masukkanya (Mobile Legends) ke dalam Olimpik, kami masih lagi dalam perbincangan dengan semua pihak tapi yang sudah sah menjadi acara berpingat adalah dua iaitu di Sukan SEA 2019 dan Sukan Asia 2022,”
Angki juga berkata Indonesia sudah mempersiapkan pasukan Mobile Legends bagi menghadapi Sukan SEA 2019 yang akan bermula pada 30 November ini.
Sumber: Bola.com