Saksikan Macam Mana Mortal Kombat Asal Dalam Bentuk 3D!

Mortal Kombat 11 akan dikeluarkan dalam berapa minggu saja lagi dan peminat yang kreatif mula menunjukkan  skill mereka untuk bayangkan balik macam mana Mortal Kombat asal dari 1992 kelihatan dalam 3D dan bukan 2D.

Pengguna Youtube, Bitplex memuat naik videonya dan dalam rakaman itu, kita boleh nampak macam mana Mortal Kombat ini nampak lebih menarik dari segi grafik dan karakter-karakternya.

Dalam huraian video itu, Bitplex mengatakan “Mortal Kombat adalah salah satu siri kegemaran saya,” Dia juga teruja untuk menunjukkan video itu sebagai homage kepada artwork, rekaan, karakter dan muzik yang dicipta untuk permainan ini.

“Ini adalah permainan klasik sangat hebat!,”

Sementara itu, untuk Mortal Kombat 11 ia akan hadir pada 23 April ini di Nintendo Switch, PC, PlayStation 4 dan Xbox One.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+