Sang Raja terlalu kuat ketika ini, kemenangan 3-0 ke atas Alter Ego

Perlawanan pertama di hari kedua playoff MPL Indonesia musim kelapan menyaksikan Sang Raja akan bertemu dengan Alter Ego. Pasukan yang menang akan layak ke peringkat upper bracket final.

RRQ Hoshi berjaya mendahului skor 2-0 ketika ini dan mereka harus memenangi satu sahaja lagi perlawanan untuk mara ke peringkat seterusnya.

Di perlawanan ketiga ini, RRQ Hoshi menggunakan draft Alucard untuk memberikan burst damage yang sangat tinggi. Mereka juga membawa Aldous untuk digunakan oleh Xinnn.

Sementara itu, pasukan Alter Ego menggunakan Ling sebagai jungler. Turtle pertama berjaya didapatkan oleh Alberttt namun mereka kehilangan Vynnn dan Xinnn di dalam pertarungan itu.

Celiboy terus diganggu untuk mendapatkan purple buff. Ling sangat memerlukan purple buff untuk bergerak dengan mudah di dalam peta. Kehilangan purple buff sangat menganggu beliau untuk farming.

RRQ Hoshi akhirnya berjaya mendapatkan Luminous Lord pada minit ke-17. Mereka juga berjaya menumbangkan 4 ahli pasukan Alter Ego. Kemenangan akhirnya berjaya dimiliki Sang Raja tidak beberapa lama kemudian.

RRQ berjaya mendapat kemenangan 3-0 tanpa balas dan mereka akan mara ke peringkat upper bracket final untuk bertemu dengan ONIC Esports.

RELATED NEWS

+