“Saya akan tetap bersama Geek Fam ID..” – Baloyskie

Kegagalan pasukan Geek Fam ID untuk masuk ke playoff menjadi satu perkara yang memilukan buat pemain dari Filipina iaitu Baloyskie.

Dia memilih pasukan Geek Fam dengan harapan untuk membawa pasukan itu mencapai kemenangan dan seterusnya melayakkan diri ke playoff.

Namun hasratnya tidak tercapai apabila mereka gagal untuk mendapatkan kemenangan walaupun mereka kelihatan sangat kuat di awal musim liga.

Ketika ditemubual oleh pihak ONE Esports, Baloyskie menyatakan dirinya masih bersama Geek Fam dan mereka sedang mempersiapkan diri untuk bermain di Liga Jemputan Profesional Mobile Legends (MPLI).

“Saya akan tetap bersama Geek Fam sekarang dan selepas musim ini. Kami akan TERUS mempersiapkan diri untuk bermain di MPLI,” ucap Baloyskie kepada ONE Esports.

Ditanya tentang perasaannya terhadap rakan-rakan yang mungkin akan pergi selepas gagal di musim ke-10 ini, Baloyskie berkata dirinya akan berasa sangat sedih.

“Mungkin saya akan sangat sedih sebab kami sudah begitu rapat. Jika mereka pergi, saya pasti akan sangat sedih.

“Ini adalah salah satu perkara yang paling sukar ketika menjadi pemain profesional. Saya tidak boleh menyalahkan mereka jika mereka ingin berbuat demikian, saya hanya mampu sedih jika mereka pergi,” akhirinya. 

Sumber: ONE Esports

Foto: Correcto.ID

RELATED NEWS

+