Pemain Free Fire Axis Esports, Rafli Aidil Fitrah atau dikenali sebagai Raff menyifatkan penyertaannya ke dalam kancah kompetitif di Malaysia sebagai lakaran sejarah baru buat komuniti Free Fire Indonesia dan Malaysia."> Pemain Free Fire Axis Esports, Rafli Aidil Fitrah atau dikenali sebagai Raff menyifatkan penyertaannya ke dalam kancah kompetitif di Malaysia sebagai lakaran sejarah baru buat komuniti Free Fire Indonesia dan Malaysia." /> Pemain Free Fire Axis Esports, Rafli Aidil Fitrah atau dikenali sebagai Raff menyifatkan penyertaannya ke dalam kancah kompetitif di Malaysia sebagai lakaran sejarah baru buat komuniti Free Fire Indonesia dan Malaysia." />

“Saya ingin cipta sejarah di sini,” – Raff

Pemain Free Fire Axis Esports, Rafli Aidil Fitrah atau dikenali sebagai Raff menyifatkan penyertaannya ke dalam kancah kompetitif di Malaysia sebagai lakaran sejarah baru buat komuniti Free Fire Indonesia dan Malaysia.

“Menurut saya liga di sini (Malaysia) dan di sana (Indonesia) tidak jauh perbezaannya daripada segi kemahiran individu dan mekanisma berpasukan,” ujarnya ketika dihubungi MyGameOn.

Raff juga turut teruja kerana keberadaannya di Malaysia disambut baik kedua-dua belah pihak sama ada peminat tempatan mahupun Indonesia.

“Saya juga berterima kasih atas dorongan pihak Free Fire Asian Guild dan jurulatih Evos Immortal Free Fire, Afm kerana bagi keyakinan untuk berhijrah,” katanya.

Di samping itu, aksinya di minggu pertama mendapat reaksi positif sebilangan peminat tempatan selepas gaya permainan agresif ditonjolkan dengan kehadirannya dalam pasukan.

“Saya senang (selesa) berada di sini, kerana lebih bebas mempraktikkan meta serta mekanisme individu dan berpasukan seakan menjadi,” ujarnya.

Dia juga berhasrat Kejohanan Major MCPS bakal diadakan secara bersemuka (offline) seperti di Indonesia kerana rata-rata pasukan yang bertanding adalah pasukan dari Malaysia.

“Saya harap peminat-peminat dapat berikan sepenuh sokongan terhadap saya dan pasukan (Axis Esports) bagi menghadapi minggu akan datang,’ akhirinya.

RELATED NEWS

+