“Saya tidak tolak kemungkinan MAB Esports bakal kembali dalam MLBB,” – Abang Lord

Pemilik organisasi MAB Esports iaitu Abang Lord tidak menolak kemungkinan akan kembali ke arena kompetitif MLBB.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MAB ESPORTS (@mab_esports)

“Buat masa ini tiada apa-apa perancangan untuk kembali akan tetapi proses pencarian barisan pemain MLBB masih dijalankan.

“Sekiranya kami terjumpa pemain yang betul-betul berbakat maka Insya-Allah MAB akan kembali bersaing dalam peringkat kelayakan akan datang,” katanya ketika dihubungi MyGameon.

Terdahulu, MAB Esports adalah pasukan yang memberikan saingan hebat di pentas MPL MY musim ke-9. Mereka berjaya mara ke peringkat liga selepas menewaskan pasukan Geek Fam di peringkat kelayakan.

Walau bagaimanapun, MAB Esports gagal untuk mendapatkan slot ke peringkat playoff dan menyebabkan mereka harus bermain kembali di pusingan kelayakan MPL MY musim ke-10 namun tidak berjaya mara ke peringkat akhir.

Sejurus itu, pasukan MLBB dibubarkan.

RELATED NEWS

+