Sega of America pecat 10% kakitangan mereka

Sega of America dilaporkan memecat lebih 61 pekerja mereka bersamaan dengan 10% dari jumlah staf yang mereka ada.

Pemecatan ini akan bermula pada 8 Mac.

Laporan ini dibuat di Twitter oleh @WhatLayoff, satu laman Twitter yang menunjukkan mana-mana syarikat yang memberhentikan kakitangan mereka.

Minggu lepas sahaja Microsoft sudah memecat lebih 1,900 staf mereka dan kini Sega of America menyusul.

Boleh dikatakan sudah lebih 5,000 staf industri permainan video dipecat di seluruh dunia dari banyak syarikat pengeluar permainan video.

RELATED NEWS

+