FaZe Clan pecat hampir separuh kakitangan akibat masalah ekonomi

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

FaZe Clan adalah salah satu organisasi e-sukan terbesar di dunia dengan nilai sebanyak AS$725 juta untuk tahun lepas sahaja.

Organisasi itu bagaimanapun terpaksa memberhentikan lebih kurang 40% daripada pekerja mereka baru-baru ini.

Pemecatan ini kerana industri e-sukan dalam fasa ketidakpastian untuk kelestarian masa hadapan.

Dengan ekonomi e-sukan yang tidak menentu, FaZe terpaksa membuat keputusan ini.

“Hal ini tidak bermakna kami meninggalkan aspirasi kami sebagai FaZe – sebaliknya kami sedang mengejar matlamat yang lebih besar supaya kami lebih fokus,” ujar Lee Trink selaku Ketua Pegawai Eksekutif FaZe Clan.

Jumlah tepat pekerja yang dibuang masih belum diketahui tetapi dengan jumlah pekerja seramai 200 orang, 40% dibuang iaitu lebih kurang 80 orang pekerja.

Masalah FaZe Clan bukan sahaja disebabkan masalah kewangan tetapi masalah FaZe Clan sendiri yang mempunyai reputasi toksik dan kandungan bermasalah.

RELATED NEWS

+