Segala Yang Korang Perlu Tahu Tentang PMCO Global Finals 2019 – Prizepool RM10.4 juta

PlayerUnknown’s Battlegrounds mudah alih (PUBG Mobile) tidak dinafikan mempunyai komuniti yang begitu besar di Malaysia. Lihat saja kehadiran peminat yang menghadiri acara-acara PUBG Mobile yang diadakan boleh mencapai sehingga ribuan orang, belum lagi termasuk jumlah penonton di livestream Facebook yang mencapai puluhan ribu orang.

Terbaru, Kejohanan Dunia PUBG Mobile Club Open (PMCO) Global Finals akan dianjurkan pada minggu depan (29 November – 01 Disember) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur dan satu-satunya wakil negara, Yoodo Gank akan berentap merebut hadiah wang tunai terkumpul RM10.4 juta

Apa yang best sangat dengan PMCO Global Finals di Kuala Lumpur ni? Jom baca lebih lanjut! Tapi sebelum tu.. klik SINI untuk beli tiket sekarang!

 

Persembahan Naim Daniel, Henry Lau, dan Badshah

Artis BBNU tanah air, Naim Daniel akan berada di PWTC membuat persembahan! Penyanyi yang terkenal dengan lagu Sumpah, Adakah Engkau Menungguku dan Sempurna ini sememangnya mempunyai suara yang merdu dan Naim juga pernah tampil di acara e-sukan lain seperti Kejohanan E-Sukan Kampus (KEK).

Lebih meriah apabila Naim juga akan ditemani oleh Henry Lau (ahli KPOP boyband Super Junior) dan BadShah, artis fenomena Bollywood yang sangat dikenali di India! Fuhh, tiga orang artis hebat berada di pentas dunia sememangnya satu pengalaman yang korang mesti taknak terlepas! 

 

Kenali 16 pasukan terbaik dunia bertanding

Yoodo Gank

Gambar: Yoodo

Pasukan negara ini menunjukkan prestasi cemerlang di musim liga Fall Split yang berlangsung sebelum ini, menjadi satu-satunya pasukan Malaysia yang layak ke Global Finals selepas VIP Squad tidak berjaya mendapatkan slot di Prelims ketika SEA Finals berlangsung di Bangkok, Thailand sebelum ini.

Walaupun mendapat tempat ke-16 di SEA Finals, pastinya pasukan negara ini akan berhempas pulas untuk tunjukkan corak permainan berbeza di kejohanana dunia ini nanti.

Mereka diwakili oleh Zully, iSh0tz, ManParang dan Geek.

 

Top Esports

TOP Esports bukan lagi pasukan yang asing dalam arena kompetitif PUBG Mobile. Mereka boleh dikatakan pasukan terbaik di China dengan kemenangan besar di PMCO Global Final Spring 2019 yang lepas.

 

RRQ Athena dan Illuminate

RRQ dan Illuminate pula adalah gergasi Thailand yang tak dapat disangkal lagi kehebatan mereka. Kedua-dua pasukan ini sentiasa mendapat kedudukan teratas di musim liga PMCO Spring dan Fall yang mana mereka menunjukkan persembahan luar biasa setiap minggu.

RRQ Athena memenangi kejohanan SEA Finals baru-baru ini dan mereka juga adalah juara bagi musim lepas serta tempat keempat di Global Finals Spring.

 

Entity Gaming dan Team SouL

Bagi pasukan Entity Gaming dan Team SouL, mereka adalah wakil Asia Selatan. Team SouL sebelum ini pernah menyertai Global Finals Spring dan mereka mendapat tempat ke-12.

 

Cloud 9

Cloud 9 pula membuat kemunculan sulung di PMCO Fall Split sebagai juara kelayakan Amerika Utara dan mereka pernah menyertai kejohanan PUBG Mobile Star Challenge 2018 di tempat ke-14.

 

Team Unique

Selain mempunyai dua pemain yang pernah mendapat MVP di PMCO Fall Split Eropah, Team Unique juga adalah juara di rantau itu dan akan cuba menebus kekalahan mereka di tempat ke-13 di Global Finals lepas.

 

Kurdistan Esports

Pasukan Iraq ini akan cuba nasib mereka di kejohanan dunia dan cuba yang terbaik selepas tewas di tempat terakhir ketika Prelims musim lalu. 

 

Team Queso

Pasukan Sepanyol ini mengalami rombakan besar-besaran selepas musim lalu dengan melepaskan kesemua pemain mereka. Tapi kali ini mereka akan cuba comeback dengan lineup pemain Argentina, Uruguay dan Chile.

 

EGC KR Black

Mereka adalah pasukan yang baru ditubuhkan tapi sudah mencipta nama sendiri dengan melayakkan diri ke Global Finals.

 

ARG Wistaria

Pasukan Jepun ini memenangi PUBG Mobile Japan Championship baru-baru ini dan menjadi wakil sulung negara Matahari Terbit itu untuk melayakkan diri ke Global Finals.

 

UNicornGaming

Sebagai satu-satunya skuad yang memenangi pusingan wildcard, pasukan Taiwan ini akan cuba yang terbaik untuk mencabar skuad-skuad gergasi lain.

 

Tiga slot lain akan direbut oleh 16 pasukan lain dari 10 region bertanding di Prelims pada hujung minggu ini bagi melayakkan diri ke Global Finals di PWTC. Antara pasukan yang kuat di rantau Asia Tenggara adalah Bigetron, Mega Conqueror dan Orange Esports.

 

Hadiah wang tunai terkumpul USD2.5 juta (RM10.4 juta)

Bukan nak kata, tapi rugi betul kalau korang tak hadirkan diri di Kejohanan Mobile Esports paling besar di dunia! dengan hadiah wang tunai terkumpul RM10.4 juta, pastinya kita akan menyaksikan saingan sengit antara pasukan terbaik dunia.

Sekali lagi Malaysia menjadi tuan rumah untuk kejohanan dunia!

Jangan lupa ambil peluang untuk saksikan kejohanan mobile esports terbesar di dunia ini pada 29 November hingga 1 Disember! Mari berikan sokongan kepada wakil Malaysia dan 15 pasukan terbaik dunia lain merebut hadiah wang tunai RM10.4 juta! Dapatkan tiket korang sekarang di https://proticket.com.my/pubg-mobile-club-open-2019-fall-global-final/

RELATED NEWS

+