“Sekarang kami simpan Moon sebagai seorang ‘supersub’, dia akan main apabila perlu,” – Azim, jurulatih Todak

Di sebalik kekuatan para pemain pasukan Todak, pasti akan ada jurulatih yang merancang strategi untuk digunakan seperti penggunaan Yu Zhong di midlane tempoh hari.

@mygameondotmy Jurulatih @todak.gaming akui kehebatan rookie baharu mereka, Rival, namun perlukan improvement lagi & jelaskan tentang role @todak.moon dalam pasukan #mobilelegends #mlbb #mplmys10 #mplmy #mpl #fyp #kakigaming ♬ Kita Rockstar – Yazmin Aziz, KUNGFU HEIDI

Kami dari pihak MyGameOn sempat menemu bual Azim selaku jurulatih pasukan Todak dan menanyakan bagaimana strategi Yu Zhong di midlane dibawa masuk.

Azim berkata AJ kerap bermain hero-hero burst dan ini membuatkan strategi itu berjaya kerana Yu Zhong agak sukar untuk ditumbangkan.

“Strategi Yu Zhong di midlane itu sebenarnya senang kerana kita tahu AJ suka bermain hero-hero burst, dia tak boleh nak burst Yu Zhong itu,” kata Azim.

Selain itu, Azim juga memberikan komen terhadap Rival ketika ditanya tentang prestasi Rival yang terkini. Menurutnya, Rival adalah seorang rookie yang bagus namun banyak perlu dipertingkatkan lagi.

“Untuk Rival, dia adalah rookie yang bagus, tapi jika diikutkan dari segi statistik, dia harus banyak improve lagi kerana kami sasarkan dia bermain di Kejohanan Dunia M4 nanti.

“Sebenarnya, Moon ini kami simpan dia sebagai seorang supersub. Sekiranya skuad utama mempunyai masalah seperti sakit, demam dan sebagainya maka Moon akan masuk,” ucap Azim.

Ikuti temubual penuh bersama Azim di laman rasmi Tiktok kami.

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+