5 sebab kenapa ramai yang pilih untuk main game

Permainan video tidak dapat dipisahkan untuk ramai orang yang ada sekarang. Dengan situasi pandemik lebih ramai orang bermain permainan video daripada biasa.

Boleh dikatakan seumur hidup seseorang itu pasti akan bermain permainan video tidak kira di pelantar konsol, PC mahupun telefon.

Dari Dota, Mobile Legends, PUBG, Need for Speed, Counter Strike, Apex Legends dan lain-lain lagi.

Apa yang membuatkan kita semua suka sangat dengan bermain permainan video?

1. Keyakinan diri

VALORANT: Improved Aiming, Building Confidence & Enjoy the Game More! -  YouTube

Permainan video pasti akan meningkatkan keyakinan diri seseorang.

Tidak kira lelaki mahupun perempuan, apabila kita dapat menyelesaikan masalah menggunakan kepintaran pasti akan menambah keyakinan dalam diri pemain.

Keyakinan pasti akan meningkat terutama dalam permainan video strategi dan juga permainan video aksi.

Bayangkan kita dapat menyelesaikan teka-teki di dalam permainan video yang sangat susah tanpa bantuan dari orang lain?

2. Mengurangkan stress

How Video Games Reduce Anxiety and Stress – TechBead

Sudah semestinya anda bermain permainan video untuk menghilangkan tekanan.

Selepas penat bekerja atau cuma untuk berehat, tekanan dapat dilepaskan dengan bermain permainan video.

Hiburan seperti permainan video ini nyata boleh menukarkan hari yang penat anda kepada hari yang penuh keceriaan dan keseronokan.

Malah, permainan video yang mengutamakan konsep party membuatkan anda lebih gemar berkomunikasi dan mendapatkan ganjaran sebagai satu pasukan. Ia nyata memberi kepuasan tersendiri.

3. Jadi persona yang lain

The 15 Most Powerful Video Game Heroes Ever (From Weakest To Strongest)

Kita selalu melihat ramai orang akan menggunakan karakter kegemaran mereka atau membuat karakternya sendiri di dalam permainan video.

Setiap permainan video pasti akan mempunyai objektif untuk bermain dan kita dapat menjadi hero mahupun heroine untuk mengalahkan musuh!

Dengan dunia yang penuh fantasi kita bakal menjadi penyelamat dunia dan bukankah itu sesuatu yang sukar untuk dicapai melainkain bermain permainan video?

Malah, permainan maya seperti VR Chat membolehkan pemain menukar, menghias dan mendandan karakter mereka ikut kesukaan. Jadilah harimau, watak anime mahupun apa saja bayangan imaginasi yang anda terfikir.

4. Hobi

Video games a hobby for majority of Americans, study says - Lifestyle - The  Jakarta Post

Tidak lain tidak bukan bermain permainan video sentiasa dianggap sebagai hobi.

Banyak lagi hobi-hobi yang lain namun para gamers tetap mencari permainan video sebagai hobi mereka.

Hobi bermain permainan video juga boleh bertukar menjadi sesuatu yang lebih dari hobi dengan adanya livestreaming dan juga pembangunan permainan video.

Livestreaming contohnya boleh memberikan pendapatan pasif dan peluang berkomunikasi bersama penonton. Manakala industri pembangunan permainan video dipenuhi dengan lambakan gamers yang ingin merealisasikan impian mereka mencipta sesuatu kelainan dalam industri.

5. Aspek Sosial

Mobile Legends Archives - Zenway Productions

Betul ramai juga yang bermain permainan video disebabkan aspek sosial.

Tidak kira secara berdepan mahupun secara virtual, bermain permainan video dapat mengeratkan lagi hubungan sesama pemain.

Permainan seperti Mobile Legends dan PUBG Mobile juga boleh menjadi contoh apabila rata-rata kedai makan di seluruh Malaysia mempunyai rakan-rakan yang bermain Mobile Legends atau PUBG Mobile di satu meja.

Boleh dikatakan aspek sosial ini menarik ramai orang untuk bermain permainan video bersama-sama.

Walaupun begitu, permainan video perlu dimain dalam tahap yang sederhana kerana anda boleh mengabaikan aktiviti seharian anda jika terlalu ketagih untuk bermain permainan video.

Jangan sampai dimarahi oleh keluarga, suami, isteri mahupun rakan-rakan anda.

RELATED NEWS

+