Senua’s Saga: Hellblade II sedang dibangunkan dengan Unreal Engine 5

Antara permainan video yang paling awal diumumkan untuk Xbox Series X ialah Senua’s Saga: Hellblade II. Ia merupakan sekuel kepada Hellblade: Senua’s Sacrifice yang pertama dilancarkan pada tahun 2017.

Baru-baru ini Microsoft mengesahkan bahawa Hellblade II sedang dibangunkan menggunakan enjin terbaru oleh Epic Games iaitu Unreal Engine 5.

Dalam penulisan berita itu, Microsoft menyatakan:

“Studio pembangun akan membangunkan judul ini menggunakan Unreal 5 dan juga menggunakan kuasa Xbox Series X untuk meningkatkan kualiti francais Hellblade kepada satu tahap yang baharu.”

Pada pertengahan bulan May, Epic Games mempertunjukkan potensi Unreal Engine 5 di konsol PlayStation 5 (PS5) melalui sebuah video demonstrasi yang sangat menarik.

Pada waktu ini, Hellblade II masih tidak mempunyai sebuah tarikh pelancaran tepat. Apa yang pasti ialah ia akan dilancarkan di PC dan Xbox Series X.

Sumber: Microsoft

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+