Seorang pemain Genshin Impact hampir ditangkap polis sebab laungan “GIVE ME MY CHILDE”

Genshin Impact sangat terkenal dengan sesi pull yang boleh membuat ramai orang bising dan sangat terkejut.

Malah ada yang sehingga membelanjakan sehingga ribuan ringgit semata-mata untuk mendapat karakter yang disukai.

Seorang pemain Genshin Impact hampir ditangkap polis apabila sedang membuat sesi pull bersama kawan-kawan untuk karakter ulangan Childe atau Tartaglia yang hadir untuk Versi 2.2 ini.

Childe adalah karakter carry lima bintang hydro (air) yang boleh menjadi antara karakter carry hebat dalam Genshin Impact.

Pengguna Reddit dengan nama u/anonomouscoconut memberitahu polis datang ke rumahnya akibat dia menjerit ‘GIVE ME MY CHILD’ yang bermaksud ‘pulangkan anak saya’.

Tanpa disedari semasa membuat sesi mendapatkan karakter Childe dia terlupa menutup tingkap biliknya.

Pemilik akaun juga membuat satu ciapan mengenai hal ini.

Akibat laungan “GIVE ME MY CHILD’ dan beberapa jeritan bersama rakan-rakan membuatkan orang salah faham lalu menelefon polis untuk masuk ke rumahnya.

Pihak polis datang dan mengetuk pintunya dan memberitahu terdapat seseorang sedang menjerit dan bergaduh.

Anonomouscoconut berasa sangat malu akan salah faham ini dan dia terpaksa memberi penjelasan kepada pihak polis mengenai Genshin Impact dan satu karakter Genshin Impact yang bernama Childe.

Paling menyedihkan anonomouscoconut atau AllySugi masih tidak bernasib baik dan tidak mendapat Childe karakter lima bintang itu.

RELATED NEWS

+