Shadow Of The Tomb Raider Tak Akan Hadir Ke Nintendo Switch

Shadow of the Tomb Raider akan pertama kali diperlihatkan pada acara PlayStation Experience 2018 (PSX SEA) di Bangkok, Thailand bermula Sabtu ini (18 Ogos).

Ia adalah sambungan kepada kembara Lara Croft dalam Rise of the Tomb Raider.

Walaupun ia akan dilancarkan di Xbox One, PS4 dan PC, tapi tiada pula berita untuk platform Nintendo.

Lead Game Designer dari Eidos Montreal, Heath Smith mengatakan populariti Lara Croft dalam kalangan gamers tak cukup kuat untuk mereka membawakan permainan video itu ke sistem Nintendo.

“Saya seorang yang sukakan sistem Nintendo dengan rekaan interfact mereka. Tapi untuk portkan permainan ini ke Switch agak sukar kerana saiznya,”

Lagipun, Lara dah lama tak dimasukkan dalam konsol Nintendo, yang terakhir sekali adalah Tomb Raider Underworld dan Tomb Raider Anniversary untuk Wii.

Buat sementara ini, Shadow of the Tomb Raider akan dilancarkan di Xbox One, PlayStation 4 dan PC bermula 14 September ini.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+