Shroud kembali ke dunia kompetitif e-sukan sebagai pemain profesional VALORANT

Selepas empat tahun berhenti bermain Counter Strike:Global Offensive (CS:GO) secara profesional, Michael “Shroud” Grzesiek kini kembali ke dunia profesional e-sukan.

Perlawanan terakhir Shroud adalah semasa Julai 2017 lepas sebagai ahli pasukan Cloud 9 untuk pertandingan ESL One di Cologne.

Kini, dia akan menjadi pemain profesional VALORANT untuk pasukan Sentinels.

Satu video pengumuman juga dibuat oleh pasukan Sentinels.

Sentinels juga bukanlah calang-calang pasukan dan juga antara pasukan VALORANT yang disegani ramai.

Walaupun hanya menjadi strimer sepenuh masa buat masa ini, Shroud sudah bersedia untuk menyertai dunia profesional Valorant.

Video pengumuman itu juga kini sudah mempunyai 6.5 juta penonton.

Adakah Shroud dapat mendominasi dunia Valorant sama seperti zaman kegemilangan CS:GO?

RELATED NEWS

+