Kebelakangan ini, ramai ahli komuniti MLBB mendakwa mereka sering berjumpa bot sebagai ahli pasukan atau musuh lawan di Classic dan Ranked
Bukan itu sahaja, jika anda AFK daripada permainan itu, bot yang akan mengambil alih akan bermain seperti manusia biasa.
Pencipta kandungan MLBB terkenal, Hororo Chan bertemu dengan dua bot yang bermain Clint dan Fanny.
Lebih mengejut, bot itu boleh melakukan rotasi ke lane dan mengambil objektif seperti turtle dan menara seperti pemain sebenar.
Bukan itu sahaja, Fanny yang dipilih bot itu mempunyai gerakan kabel yang baik walaupun tidak laju seperti pemain yang mahir menggunakannya.
Selepas perlawanan itu, dia menyiasat profil bot itu dan mendapati bahawa profil mereka nampak sama seperti pemain sebenar.
Tetapi melihat kepada History bot itu dan statistiknya, ia terbukti bahawa akaun itu dimainkan oleh A.I.
Seorang pengguna Reddit, IhsousApoTaLidl menerangkan dengan lebih lanjut tentang cara untuk mengetahui jika anda bertemu bot di perlawanan Classic atau Ranked.
A study on the recent surge of bots in Ranked Matches
by u/IhsousApoTaLidl in MobileLegendsGame
Dia turut mendakwa bahawa Moonton melancarkan sistem A.I yang lebih baik daripada yang dahulu dan menyebabkan bot itu bermain dengan lebih baik.
Moonton is replacing the previous bots used in Ranked and Classic with new, harder to detect ones
by u/IhsousApoTaLidl in MobileLegendsGame
Walaupun ada segelintir pemain yang tidak suka bermain dengan bot, tetapi ia membantu pemain yang terputus talian semasa perlawanan berlangsung.
Secara tidak langsung, ia membantu pasukan itu untuk bermain tanpa ada perubahan yang besar seperti bot-bot pada versi lalu.
Adakah ini akan membantu pemain untuk menyelesaikan isu tentang pemain AFK?
Foto: Hororo Chan