Smooth mendahului kedudukan MVP di MPL MY Musim ke-11

Pemain daripada Team SMG, Smooth kini mendahului carta kedudukan MVP di Liga Profesional MLBB (MPL MY) musim ke-11 dengan 85 mata selepas minggu kedua liga berjalan.

Smooth atau nama sebenar Aeliff Adam Md Ariff menunjukkan satu persembahan yang menakjubkan ketika menentang Todak dan RSG Slate MY.

Smooth yang sering menggunakan hero kegemarannya, Benedetta yang mengucar-kacir keadaan terutama sekali ketika peperangan ataupun berlawan seorang diri ketika diserang hendap oleh pihak lawan.

Setakat ini, Team SMG masih tiada kekalahan namun terpisah satu mata dengan Homebois.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Manakala untuk kedudukan Rookie, bintang Red Giants Esports iaitu Gojes berada ditangga teratas carta tersebut selepas memintas pemain Madness Esports, Xavvsz.

Ini selepas persembahannya dengan menggunakan pelbagai hero fighter seperti Arlott, Hilda dan Yu Zhong untuk membantu pasukannya meraih tempat kelima selepas menang keatas Red Esports dan Madness Esports.

Foto: MPL MY

RELATED NEWS

+