Sony menganjurkan kempen Play Online, Stay Connected

Sony Interactive Entertainment Singapore (SIES) hari ini mengumumkan sebuah kempen untuk menggalakkan orang ramai untuk bermain permainan bersama rakan-rakan, iaitu ‘Play Online, Stay Connected’.

Kempen ini akan berlangsung bermula esok hingga 17 Oktober ini, di mana mereka yang mendaftar masuk akan berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah eksklusif. 

Play Online, Stay Connected

Bagi mereka yang ingin sertai, mereka hanya perlu mendaftar untuk PlayStation Network (PSN) dan mendaftar di laman Play Online, Stay Connected di SINI. Apabila sudah mendaftar, setiap peserta akan menjadi sebahagian daripada komuniti dan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah ekslusif.

Melalui kempen ini, terdapat beberapa cabaran yang perlu disempurnakan oleh peserta. 

Game 1: “Stay” Challenge (Semua peserta)

Semua peserta yang mendaftar untuk kempen ini akan memenangi Game 1 dan akan mendapat hadiah barangan dalam permainan eksklusif iaitu Ancient Weapon daripada Unter’s Arena: Legend.

Game 2: “Connected” Challenge (Sasaran Komuniti)

Mana-mana permainan atas talian berbilang pemain yang dimainkan dalam beberapa tempoh akan dikira sebagai pencapaian bagi Sasaran Komuniti. Apabila mencapai 300,000 jam, semua peserta di dalam komuniti akan memenangi Game 2.

Mereka akan dianugerahkan 6 avatar PSN ekslusif. 

Game 3: “Play Online” Challenge (20 peserta terbaik yang bermain permainan berbilang pemain paling lama)

Bagi peserta 1-3 terbaik, daripada setiap negara, yang bermain paling lama di dalam permainan mod berbilang pemain akan memenangi Game 3 dan akan dianugerahkan baucar PlayStation Store Voucher bernilai RM2,050 dan set premium Rock Glass & Ice Mold. 

Manakala bagi peserta 4-20, akan memenangi Game 3 dan dianugerahkan set premium Rock Glass & Ice Mold.

Untuk anda yang berminat dan ingin mengetahu maklumat lanjut mengenai kempen Play Online, Stay Connected ini, sila layari SINI.

Promosi Runcit (Singapura dan Malaysia Sahaja)

Di samping itu, bagi pelanggan Singapura dan Malaysia, yang membeli baucar keahlian PS Plus 12 Bulan atau kad hadiah PS Store MYR 200 di kedai terpilih, anda akan mendapat bonus premium Ice Mold.

Promosi ini akan berlangsung bermula 29 September hingga 26 Oktober 2021. Bagi untuk mengatahui kedai-kedai terpilih sila layari SINI

Selain itu, Sony juga menyediakan permainan percuma pada 2 hingga 4 Oktober ini di mana terdapat pelbagai permainan berbilang pemain yang boleh dimainkan secara percuma bersama rakan-rakan anda. 

Antaranya ialah FIFA 21, Call of Duty Modern Warfare, GTA Online, NBA 2K21, Marvel’s Avengers, Madden 21 dan Monster Hunter: World. 

Bagi pelanggan PS Plus pula, mereka juga meluaskan koleksi permainan mereka dengan koleksi permainan bulanan bagi bulan September dengan Overcooked! All You Can Eat, HITMAN 2 dan Predator: Hunting Ground.

RELATED NEWS

+