Sony Umum Potongan Harga Sebanyak RM250 Untuk PlayStation 4 Bundle, PSVR Dan PS4 Pro

Bagi meraikan hujung tahun dan Hari Natal, Sony Interactive Entertainment (SIE) umum potongan harga sebanyak RM250 sempena promosi istimewa “13 Days Special”!

Bermula 21 Disember hingga 2 Januari ini:

  • PlayStation 4 Party Bundle akan dijual dengan harga RM1,199 (harga asal: RM1,449) – Ia turut menyertakan Overcooked 2 dan FIFA19
  • PlayStation 4 HITS Bundle akan dijual dengan harga RM1,099 (harga asal: RM1,349) – Ia turut menyertakan God of War, The Last of Us Remastered dan Detroit: Become Human.
  • PlayStation 4 Pro (1 TB) akan dijual dengan harga RM1,549 (harga asal RM1,799) – termasuk satu alat kawalan DS4 ekstra.
  • PlayStation VR  dengan kamera akan dijual dengan harga RM1,379 (harga asal RM1,1129) 

Korang boleh mula dapatkan pek bundle promosi ini di premis pengedar PlayStation yang rasmi seluruh Malaysia tidak lama lagi.

RELATED NEWS

+