Spider-Man Mencatatkan Hasil Jualan Luar Biasa, Lebih Tinggi Dari God Of War

Bulan lepas kita menyaksikan Spider-Man dari Insomniac Games ‘meletup’, digemari ramai peminat adi wira dan juga komuniti gaming seluruh dunia.

Hari ini, akhirnya tertulis yang Spider-Man merebut takhta nombor satu dari segi jualan. Lebih menarik, ia adalah permainan yang paling laris dijual bagi sebuah PlayStation exclusive dalam sejarah. Ia juga melepasi jualan God of War pada hari pelancaran dan sekarang menjadi kedudukan ketiga dari segi jualan untuk tahun 2018, hanya di belakang Far Cry 5 dan God of War.

NPD Group, syarikat pemasaran Amerika mendapati Spider-Man berjaya mendapatkan jualan 37% lebih tinggi dari Amazing Spider-Man 2 dan Spider-Man: Shattered Dimensions.

Mengikut laporan dikeluarkan syarikat ini, di bawah adalah senarai penuh permainan video yang dijual pada September:

  1. Marvel’s Spider-Man
  2. NBA 2K19
  3. Assassin’s Creed Odyssey
  4. FIFA 19
  5. Shadow of the Tomb Raider
  6. Madden NFL 19
  7. Forza Horizon 4
  8. Destiny 2
  9. Super Mario Party
  10. NHL 19
  11. Dragon Quest XI
  12. WWE 2K19
  13. Grand Theft Auto V
  14. Mario Kart 8 Deluxe
  15. Naruto To Boruto: Shinobi Striker
  16. Tom Clancy’s Rainbow Six Siege
  17. Crash Bandicoot N. Sane Trilogy
  18. Super Mario Odyssey
  19. The Legend of Zelda: Breath of the Wild
  20. Minecraft

Kita pastinya akan mendapat angka jualan yang lebih spesifik tak lama lagi.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+