Penstrimer Twitch, Amouranth pernah memberitahu yang dirinya diekori dan diintai oleh individu mencurigakan secara dalam talian dan di dunia sebenar sejak Mei lepas.
Amouranth juga sudah mengupah perkhidmatan keselamatan dan bersenjata untuk menjaga di perkarangan rumahnya.
Semuanya bermula apabila pengintai itu juga membuat penstriman secara langsung, menunjukkan dirinya sedang mengintai Amouranth.
Pengintai itu juga akan membuat akaun baharu apabila akaun lamanya dikenakan ban.
Dia pada awalnya melakukan strim kemudian memakai pakaian formal dengan membawa bekas saksofon dan akhirnya selepas 33 minit berada di hadapan rumah Amouranth, dia cuba untuk memecah masuk ke rumah streamer terkenal itu.
My stalker traveled from Estonia, Europe and came to my city, camping out in a hotel with line of sight to my PO BOX and spent OVER A MONTH camping out daily at a starbucks next to my PO box.
44 days….. 33mins
He psychotically streamed every
— Kaitlyn (@wildkait) June 15, 2022
Lebih menakutkan, dia juga ‘menapak’ selama sebulan berdekatan peti surat Amouranth dan sebulan di Starbucks berhampiran.
Pada akhirnya, dia ditangkap oleh polis dan dikatakan mengembara dari Estonia.