David “TheGrefg” Martinez, streamer yang berasal dari Sepanyol, telah memecah rekod jumlah penonton serentak di Twitch. Dalam siaran langsungnya yang mendedahkan skin Fornite baharu, penonton serentak stream beliau mencecah 2.39 juta penonton.
Rekod jumlah penonton serentak tertinggi untuk streamer individu di Twitch sebelum ini dipegang oleh Ninja dengan 660,000 penonton. Untuk streamer bukan individu pula, jumlah penonton serentak tertinggi dipegang oleh ELeague TV dengan 1.1 juta penonton.
put together the top Twitch and YouTube streams all time, provided by @StreamHatchet
1.@TheGrefg
2.@Rubiu5
3.@Lazarbeam
4.@Technothepig
5.@TheGrefg
6.@Dream
7.@Ninja
8.@felipeneto
9.@WillyrexYT
10.@TheGrefg
11.@TheGrefg
12.@IbaiLlanos
13.xTears88
14.@vegetta777
15.@drdisrespect pic.twitter.com/fPK75zkL76— Rod Breslau (@Slasher) January 12, 2021
Skin Fortnite yang didedahkan ialah skin yang direka berdasarkan TheGrefg sendiri. Ia adalah sebahagian daripada Fortnite Icon Series, koleksi skin berdasarkan streamer terkenal. Antara streamer lain yang telah memperoleh skin sendiri ialah Ninja dan Loserfruit.
Pencapaian ini bukan sahaja membuktikan kehebatan TheGrefg tetapi juga menunjukkan sokongan hebat para pemain di Latin Amerika terhadap Fortnite.
Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.