Sukan SEA 2019: Malaysia 1 – 1 Berdepan Vietnam Dalam Perlawanan Pembukaan Mobile Legends

Pasukan Harimau Malaya berjaya meraih satu mata dalam perlawanan pembukaan Mobile Legends: Bang Bang di temasya Sukan Asia Tenggara (SEA Games 2019) di Manila, Filipina sebentar tadi.

Dalam perlawanan kumpulan A, mereka memenangi perlawanan pertama tapi tewas sengit pada perlawanan kedua di mana jangka masa perlawanan melebihi 20 minit.

Mereka diwakili oleh Ahmad Ali Huzaifi Abdullah, Abdul Wandi Abdul Kadir, Izme Haqeem Hamsjid, Muhammad Hazeem Onn, Jamil Nurolla dan Mohd Faris Zakaria. 

Pasukan negara akan terus berentap dengan tiga lagi negara, Kemboja, Singapura dan Myanmar di kumpulan A. Myanmar mempunyai Liga Profesional (MPL) sendiri jadi mereka pasti akan tunjukkan kekuatan tersendiri nanti.

Perlawanan-perlawanan ini bagaimanapun tidak akan ditayangkan secara langsung di Twitch bagi memberi laluan kepada e-sukan lain.

Korang boleh lihat jadual penuh Sukan SEA 2019 di laman rasmi Razer untuk game yang akan ditayangkan.

Nak tengok stream? Korang boleh ke laman rasmi Twitch Razer untuk perlawanan penuh e-sukan lain yang sudah dijadualkan ataupun ke Facebook Mobile Legends: Bang Bang untuk perlawanan-perlawanan lain.

(Foto: Facebook MLBB)

RELATED NEWS

+