Super Mario Odyssey & The Legend of Zelda: Breath of The Wild Dapat Sokongan Labo VR

Teringin nak selami perjalanan Link di dunia Hyrule atau melompat bersama Mario di Seaside Kingdoms melalui kacamata VR?

Nintendo telah mengumumkan Super Mario Odyssey dan The Legend of Zelda: Breath of The Wild bakal dapat sokongan Nintendo Labo VR Kit.

Nintendo Labo adalah set mainan yang memerlukan pemasangan kepingan kadbod untuk jadi pelbagai jenis permainan dipanggil sebagai Toy-Con mula diperkenalkan oleh Nintendo pada April tahun lepas.

Sebagai aksesori tambahan Nintendo Switch, terdapat kepelbagaian pembinaan Toy-Con boleh menjadi kawalan pemegang motorsikal yang menyokong Mario Kart 8 Deluxe, piano, joran, dan boleh pasangkan untuk jadi robot ‘sebenar’

Melalui Toy-Con versi VR, korang boleh bermain Super Mario Odyssey dengan VR bersama tiga misi mini baru iaitu mengumpul syiling dan not muzik.

Untuk The Legend of Zelda: Breath of The Wild, korang boleh bermain sepenuhnya melalui VR tetapi hanya babak cutscene sahaja tidak menyokong VR. Korang boleh buka dan padam sokongan VR dengan mudah melalui menu options game.

Nintendo Labo VR Kit akan dilancarkan pada 12 April manakala sokongan VR untuk kedua-dua game ini bakal hadir pada 25 April.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+