Super Smash Bros. Ultimate Dicetak Rompak – Apa Dah Jadi!?

Tinggal dua minggu sahaja lagi untuk game yang paling dinanti-nantikan tahun ini iaitu Super Smash Bros. Ultimate tetapi game penuh sudah pun dicetak rompak. Ini bermakna SEMUA kandungan rahsia telah didedahkan termasuk cut scenes sehingga ke soundtrack game bergenre fighting ini.

Super Smash Bros. Ultimate merupakan sebuah game fighting terbaru dalam siri Super Smash Bros. yang dibangunkan oleh Bandai Namco dan Sora Ltd. Antara keunikan utama game ini adalah ia menggabungkan watak-watak terkenal seperti Mario, Link & Pikachu dan juga watak dari game pihak ketiga seperti Snake (Metal Gear Solid), Ryu & Ken (Street Fighter), Isabelle (Animal Crossing) dan macam-macam lagi.

Siapa yang buat cetak rompak itu? Ambil soccer kick ni

Menurut laporan Ars Technica, punca sebenar kebocoran ini bermula daripada beberapa pekedai di Mexico telah menjual game ini jauh lebih awal berbanding tarikh pelancaran rasmi. 

Bermula dari itu, salinan cetak rompak Super Smash Bros. Ultimate mula tersebar secara meluas di atas talian. Penggali data (data miners) telah berjaya mengeluarkan segala isi kandungan seperti nama, kostum, tajuk lagu dan juga ‘spirits’ iaitu semua karakter unlockable yang dimuatkan dalam game ini oleh Nintendo.

Bagaikan mencurah minyak ke atas api, Vice Motherboard menerangkan beberapa salinan cetak rompak Super Smash Bros. Ultimate telah diedarkan dan dijual di atas talian melalui Discord tapi ada satu versi cetak rompak telah ‘bricked’ atau terus merosakkan seluruh sistem Nintendo Switch.

Masalah cetak rompak ini sudah merebak tanpa henti sehinggakan komuniti Reddit melakukan satu subreddit khas bagi membendung spoiler. Kalau korang mempunyai perasaan ingin tahu yang sangat tinggi, sila baca subreddit ini atas risiko korang sendiri.

Nintendo bertungkus lumus untuk mengeluarkan saman hak cipta terhadap YouTuber yang memuat naik lagu dan video berkenaan Super Smash Bros. Ultimate. Buat masa sekarang, Nintendo masih lagi tidak memberi apa-apa komen tentang masalah cetak rompak ini. 

Super Smash Bros. Ultimate. bakal dilancarkan pada 7 Disember 2018 khas di Nintendo Switch.

RELATED NEWS

+