realme Buds Q2s dilancarkan di Malaysia, hanya RM139 sahaja!

realme, jenama telefon pintar yang paling pesat berkembang di dunia, melancarkan fon telinga nirwayar terbaharunya, realme Buds Q2s.

Fon telinga terbaharu ini mempunyai jangka hayat bateri yang sangat panjang, dengan tujuh jam mendengar dalam satu masa dan sehingga 30 jam mendengar keseluruhan. Dilengkapi dengan pengecas, menjadikannya peranti yang ideal untuk dibawa bersama pada hari-hari sibuk anda.

Buds Q2s juga mempunyai AI ENC Noise Cancellation, yang membolehkan pengguna menikmati panggilan tanpa hingar latar belakang tidak kira di mana mereka berada.

Semasa panggilan, sistem pembatalan hingar pintar berkuasa AI berjaya memisahkan bunyi ambien, mengeluarkan suara manusia yang jelas dan melaraskan kualiti pertuturan bergantung pada persekitaran.

Buds Q2s dicipta dengan kerjasama Dolby AtmosTM untuk menghasilkan bunyi sekeliling yang berkualiti tinggi.

Dengan minat golongan muda dalam permainan yang semakin berkembang di seluruh dunia, realme terus menghasilkan produk baharu yang boleh digunakan dalam pelbagai cara.

Buds Q2s mempunyai ciri yang dipanggil “Mod Permainan” yang memberikan pengguna 88ms Kependaman Super Rendah yang memberikan pengalaman mendengar audio lebih baik ketika bermain game.

realme Buds Q2s menawarkan reka bentuk dan warna yang cantik (Putih Kertas, Hijau Kertas dan Hitam Malam).

Ia akan dijual pada harga RM139, tetapi anda semua boleh mendapat tawaran istimewa dengan harga RM99 sahaja dari 15 Jun hingga hari ini di realme Flagship Store Lazada.

RELATED NEWS

+