realme semalam melancarkan peranti mid-range terbaharu mereka iaitu realme 10 yang juga digelar Performance King berharga RM999 sahaja.
Ia dilengkapi dengan cip pemprosesan Mediatek G99 dan 8GB RAM yang boleh ditambah + 256 storan ROM dan paparan AMOLED dengan kadar segar semula 90Hz.
Cip baharu ini adalah 40% lebih berkuasa berbanding peranti sebelumnya dan ia menawarkan peningkatan prestasi CPU sebanyak 25%.
Realme 10 juga mempunyai kapasiti bateri sebanyak 5,000mAh bermaksud anda boleh bermain game sepuasnya kerana bateri sebesar ini boleh dicaj hingga penuh dalam masa 70 minit sahaja.
Lebih menarik, ia sangat nipis dengan ketebalan 7.955 mm dan berat hanya 178 gram sahaja.
Selain itu, ia juga dilengkapi dengan kamera utama 50MP yang turut didatangkan dengan ciri Night Mode untuk foto pada waktu malam lebih jelas.
Setiap permainan mudah alih popular seperti Mobile Legends, PUBG Mobile, Diablo Immortal dan Marvel Snap boleh dimainkan begitu lancar di peranti ini. Nantikan video review dari kami nanti.
realme juga mendedahkan perancangan utama mereka tahun ini antaranya menawarkan biasiswa sebanyak RM150,000 kepada mahasiswa SEGi University.
Mereka juga menawarkan pengambilan talent sepenuh masa atau dalam latihan industri selain memberi tawaran khas kepada penuntut universiti membeli produk realme.
Anda boleh pra-tempah realme 10 sekarang di kedai rasmi realme dan dapatkan waranti untuk kerosakan skrin selama setahun bernilai RM99 dan jam realme Band 2 bernilai RM169.
Waktu terhad sehingga 16 Februari sahaja.