jenama peranti pintar berkembang pesat, realme mengumumkan kolaborasi bersama Coca-Cola dan memperkenalkan peranti pintar pertama edisi Coca-Cola.
realme 10 Pro 5G ini direka khas dengan rekaan klasik Coca-Cola yang menarik minat ramai orang serta pempengaruh contohnya MKBHD. Ia juga menarik minat CEO Twitter, Elon Musk.
Di sisi peranti itu diinspirasikan oleh elemen rekaan yang klasik oleh Coca-Cola dengan pertembungan warna merah dan hitam.
Nada dering juga disesuaikan dengan elemen Coca-Cola dan bunyi buih yang menjadi ikonik kepada jenama itu. Lebih menarik ia juga dihiasi dengan antaramuka tersendiri dari lock screen sehinggalah efek pengecasan dinamik. Selain itu, pengguna juga akan menerima pin ejector kad SIM jenama Coca-Cola, stiker DIY dan kad nombor yang terhad.
Buat masa ini ia belum diumumkan untuk pasaran Asia Tenggara termasuk Malaysia namun nantikan di laman web rasmi realme jika ada pengumuman.