T1 bermain ‘tidak adil’, hilang kelayakan di VALORANT Champions Tour

Pasukan VALORANT T1 hilang kelayakan selepas perlawanan T1 menentang TSM di VALORANT Champions Tour Open Qualifier 1, menurut Riot Games. Pasukan ini bertindak secara ‘tidak adil’ dalam berkomunikasi semasa permainan berlangsung. Mereka dilaporkan berkomunikasi dengan jurulatih dan menjadikan perlawanan berat sebelah.

Riot Games memutuskan bahawa T1 melanggar seksyen 7.2.11 Dasar Persaingan Global VALORANT dan akan membatalkan perlawanan 29 Januari menentang TSM.

Perlawanan VALORANT Champions Tour Open Qualifier 1 itu dibatalkan dengan TSM dianugerahkan kemenangan. Ini mengakibatkan T1 tersingkir daripada acara tersebut.

Seksyen 7.2.11 Dasar Persaingan Global VALORANT meliputi “Komunikasi Tanpa Kebenaran” dan ia menyatakan “Semasa perlawanan, komunikasi oleh pemain hendaklah dihadkan kepada pemain pasukan.”

Semua pemain dan kakitangan dikehendaki mematuhi peraturan permainan adil yang mereka bersetuju untuk patuhi sebelum menyertai kejohanan dan jurulatih T1 melanggar peraturan mengikut ketetapan Riot Games.

Pemain TSM menyedari kejadian ini berlaku. Malah, TSM Subroza juga berkongsi kekecewaan di laman sosial media Twitter.

Subroza berkata bahawa mereka menetang T1 bagaikan menentang enam pemain kerana jurulatihnya terlibat dalam permainan secara tidak langsung.

Sumber rujukan: Twitter

RELATED NEWS

+