Team Enigmax dibatalkan dari bermain MCP Majors, tiga pemain dikenakan ban

Baru-baru ini Garena Free Fire sudah membuat satu pengumuman mengenai soft-play dilakukan oleh Team Enigmax yang melanggar peraturan pertandingan.

Pengesahan video juga ada sebagai bukti kepada kesalahan pemain-pemain itu.

Tiga pemain itu ialah EMX.SOULJA, EMX.Slumber2 dan EMX.Lohnsem yang juga menyalahgunakan bug gloo wall yang dilarang mengikut dalam buku peraturan.

Ditambah lagi tiga pemain itu pula tidak menghadiri perlawanan yang patut mereka sertai.

Penggunaan bug ini melanggar bahagian buku peraturan MCP Majors 2.2.1 (Softplay), 3.5.1 (Tidak hadir dalam perlawanan) dan 3.6 (bug dalam permainan) dan set peraturan pengesahan video.

Garena membuat keputusan untuk membatalkan Team Enigmax dari kejohanan dan semua kemenangan mereka ditarik.

EMX.SOULJA, EMX.Slumber2 dan EMX.Lohnsem juga dikenakan ban untuk menyertai kejohanan e-sukan rasmi Free Fire selama 6 bulan dan akan berakhir pada 17 Mac 2022 ini.

Garena juga berpesan semua pemain pro mestilah berlaku profesional dan menjadi teladan kepada masyarakat.

RELATED NEWS

+