Team Flash dan Impunity SG juara kelayakan MPL SG musim kedua

Pemenang bagi pusingan kelayakan Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) Singapura musim kedua dimenangi oleh Team Flash dan Impunity SG.

Kedua pasukan ini akan menyertai ALMIGHTY, EVOS SG, Explorer, Kingsmen, Notorius Villains dan RSG SG untuk musim liga yang akan berlangsung pada 11 September ini.

Lapan pasukan tempatan ini akan bertanding dengan format tiga terbaik (BO3) semasa musim liga nanti yang akan mempertandingkan hadiah sebanyak SGD$100,000. 

Pertandingan ini akan diadakan secara offline di The Gym selepas mengikut peraturan dan nasihat daripada kerajaan Singapura pada 15 Oktober hingga 17 Oktober.

Juara dan pemenang tempat kedua akan layak untuk bersaing di kejohanan dunia, M3 pada Disember nanti.

Selain itu, pasukan Team Flash dan Impunity akan bersaing sekali lagi untuk PVP Esport Singapore Finals pada 4 September ini. Juara akan mewakili Singapura untuk PVP Esport Regional Finals pada Disember.

Untuk menyaksikan pertandingan ini berlangsung, saksikan setiap hujung minggu bermula 11 September ini di saluran Youtube Mobile Legends: Bang Bang, platform strim PVP Esports dan Saluran 113 Singtel TV Sports.

Untuk maklumat lanjut, sila layari SINI.

RELATED NEWS

+