Philippine Pro Gaming League (PPGL) 2021 Fall kini melabuhkan tirai mereka dengan menjulang Team Secret sebagai juara selepas menewaskan FENNEL Adversity.
We are your PPGL Fall Champions! 🔥
We will be representing Philippines in the SEA Championship as we are headed straight to the Group Stage! 🇵🇭
Thank you for your support mga lodi! 🖤#SecretRift #WildRift pic.twitter.com/nCL7QjF0yw
— Team Secret (@teamsecret) September 5, 2021
PPGL 2021 Fall ini adalah satu kejohanan League of Legends: Wild Rift yang dianjurkan untuk wilayah Filipina oleh Mineski dan juga sebahagian daripada SEA Icon Series. Pusingan Playoff berlangsung 3 September hingga 5 September lalu.
Team Secret berjaya merangkul gelaran juara dan memenangi hadiah wang kira-kira RM250,000 selain menempah slot untuk Wild Rift SEA Championship 2021. Manakala FENNEL Adversity akan bersaing pada SEA Championship Play-In.