Team SMG umum skuad wanita VALORANT

Team SMG kini mengumumkan barisan pemain vanita untuk e-sukan VALORANT.

Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran di Instagram rasmi mereka.

Pasukan VALORANT ini akan dianggotai oleh:

1. Abigail “Kohaibi” Kong (Kapten)

2. Yu Ting “Envious” Ewa

3. Kellyn “Kaephrodite” Sim

4. Jularat “YOKY” Buaphan

5. Wanwisa “fixky” Pannil

6. Alex “falfalfal” Cheang (Jurulatih) 

Ahli pasukan Team SMG ini mempunyai tiga ahli dari Singapura dan dua orang ahli dari Thailand. Mereka akan dilatih oleh pemain dari barisan pemain terdahulu iaitu Falfalfal.

Mereka akan bertanding di dalam siri VCT Game Changers APAC 2022 dan juga VCT Circuit. Mereka berniat untuk mewakili benua Asia Tenggara di dalam Kejohanan Global Game Changers nanti.

Mampukah pasukan wanita ini merealisasikan impian mereka ini? Kita bakal saksikan.

Foto dan sumber: Team SMG

 

 

RELATED NEWS

+